Saturday, October 9, 2010

'Jangan cover line lah, Datuk...'

KENYATAAN MEDIA:
'Jangan cover line lah, Datuk...'


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya percaya, Perkasa Pribumi Negara (Perkasa) dan Datuk Ibrahim Ali tidak akan turun ke Galas untuk membantu Ku Li.

Dia penakut untuk bercakap soal kepentingan Melayu di Galas sebab dia tahu orang-orang Melayu dan Orang Asal benci dengan api perkauman yang ditiupkan olehnya, Umno dan BN.

Soal pengiktirafan yang dibangkitkan olehnya apabila dicabar oleh Khalid Samad beberapa hari lalu sekadar untuk cover line sahaja.


Sebenarnya, dia takut untuk menjadi calon sebab Khalid Samad akan membangkitkan soal api perkauman ekstrem yang dia bawa.

Langkahnya menonjolkan sikap tidak mahu bertembung dengan Ku Li sebenarnya sekadar untuk menutup perasaan takutnya sahaja.

Saya percaya, kalau Ibrahim dicabar menjadi calon sekali lagi oleh saya atau mana-mana pemimpin KEADILAN, dia akan kata yang dia tidak mahu menjadi calon supaya orang Melayu tidak berpecah di Galas.

Dia akan cakap semacam itu kerana dia nak cover line, dia nak jaga kepentingan Umno. Dia tidak mahu Umno kalah moral.

Dia takut Umno kalah moral. Kalah Umno kelak, maknanya susah untuk Perkasa 'cari makan' dalam PRU13 nanti.

Jangan cover line lah Datuk....

"Politik Baru, Budaya Baru"


Mustafa Kamil Ayub
Naib Presiden KEADILAN

________________________
Kota Damansara | 12.14petang

0 comments:

 
Cheap Web Hosting | new york lasik surgery | cpa website design