Thursday, May 27, 2010

BENGKEL STRATEGIK PEPIAT....



Wednesday, May 26, 2010

SELAMAT BERKONGRES KALI KE 6...






Masa beredar
Rakyat mulai sedar
Putaran roda terus berpusing
Di Sibu BN pening

Taktik kotor mereka gagal
Pengundi Cina tetap cekal
Melayu Melanau dan Iban mula menyoal
Rasuah bukan halal
Judi bukan halal
Rampas tanah rakyat kerja dajjal
Kerja-kerja dajjal

Rompak kerajaan di Perak
Beli ADUN bermasalah
Beli dan ugut MP sakit jiwa
Para pengundi kecewa

Bayan BAru
Nibong Tebal
Kulim Bandar Baru
Bagan Serai
Wangsa Maju
Changkat Jering
Behrang
Lunas
Pelabuhan Klang
Ngemah
Bakar Arang
Jahanam yang mereka tuju
Dengan penzalim diampu-ampu
Para pengundi yang tertipu
PRU 13 semua kerusi sapu

Bila kering kolam
Katak-katak susah menyelam
Bermuka talam
Pasti tenggelam
Macam kapal Titanic di lautan dalam
Kapal Selam tak boleh menyelam
Komisen sudah ambil

Lepas dibom Altantuya masih menggigil
Pembunuhnya tentu jahil
Altantuya Shaaribu
Seorang ibu
Ada dua anak
Melihat gambar mereka hati jadi sayu

Natijah pemimpin haprak
Harta rakyat dirompak
Di Sibu kesedaran menjelma
PR penyelamat utama
DAP, PAS, SNAP dan PKR boleh bekerjasama
Bertoleransi dalam isu agama

Inilah agenda PKR
Dalam Kongres ke 6
Di Kota Bharu
Perlu wujud semangat baru
Yang baik saja diseru
Yang zalim jadikan seteru
Penzalim berkubur di Sibu

Dengan kesedaran bahaya lompat
Setiap ahli perlu betulkan niat
Menjadikan PRK wadah perubahan
Berubah untuk kebaikan
Rakyat sekalian
Diterima yang waras fikiran

Selamat berkongres
Dari 27-30 Mei 2010
Selamat bermesra
Selamat berjuang
Untuk Berubah
Berpadu
dan Berkat
Inilah asas kesejahteraan Malaysia
Teruskan usaha
Hingga ke Putrajaya,

http://paksalleh.blogspot.com/

SUARA BARU DEMOKRASI..

Anwar Desak Najib Bentang Isu Tanah KTMB Di Parlimen Jun Depan


SHAH ALAM 25 Mei - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan kertas laporan berhubung isu tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad di sidang parlimen Jun ini.

Menurutnya, kerjasama dan hubungan diplomatik yang baik di antara Malaysia dengan Singapura merupakan satu keutamaan namun penyelesaiannya harus didasarkan kepada prinsip ketelusan terutamanya apabila ianya membabitkan kepentingan nasional dan khazanah negara.

"Kita difahamkan bahawa isu tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad yang selama ini menjadi pertikaian di antara Malaysia dan Singapura telah diselesaikan semalam.

"Penyelesaian yang kononnya dikenali sebagai “Penyelesaian Muktamad” mengejutkan kerana beberapa persoalan berkaitan kepentingan negara di negara jiran itu adalah lebih rumit dan harus ditangani dengan teliti.

'Kenyataan bersama Najib kelihatannya mengakibatkan beberapa kepentingan negara seperti Stesen Keretapi Tanjung Pagar, beberapa keping tanah di Kranji, Woodlands, Tanjung Pagar serta Lot 76-2 mk 16, Lot 249 Mk 4 dan Lot 32-10 Mk 16 dipercayai merugikan negara," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar yang juga merupakan Ketua Umum KEADILAN menyatakan kegusarannya berhubung persefahaman yang dipersetujui oleh Najib yang mengumumkannya secara tergesa-gesa tanpa memberi maklumat terperinci.

"Sungguhpun dinyatakan tanah-tanah tersebut akan diamanahkan kepada sebuah syarikat yang bernama M-S Pte Ltd di mana Khazanah memiliki 60% dari kepentingannya, namun terdapat kemungkinan besar kepentingan terbabit akan ditukarkan dengan tanah di kawasan yang lain.

"Kita curiga nilai tanah yang ditukarkan itu sama ada di Marina South atau di Ophor Rochir itu tidak dapat menandingi nilai tanah milik KTMB," tambah Anwar.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga menyuarakan kebimbangannya dengan pembabitan Khazanah Nasional yang menurutnya hanyalah sebagai alasan untuk meletakkan kepentingan syarikat kroni.

Pada masa yang sama, beliau juga mempersoalkan kebijaksanaan keputusan kerajaan kerana sebarang pembangunan yang bakal dilaksanakan nanti pastinya tidak berupaya menjana kegiatan ekonomi domestik.

"Berapa ramaikan para pengusaha, kontraktor mahupun pembekal Malaysia yang bakal terlibat dengan pembangunan usahasama Syarikat M-S Pte Ltd itu? ," soalnya.

Anwar juga menggesa pentadbiran Najib segera menjelaskan secara terperinci maksud sebenar bahawa Points of Agreement(POA) di antara Singapura dan Malaysia boleh ditambahkan dengan terma serta syarat baru kononnya untuk memaksimumkan potensi tanah-tanah tersebut di Singapura.

"Kita juga mahukan penjelasan Najib menggunakan POA 1990 yang digariskan Tun Daim Zainuddin, Menteri Kewangan ketika itu sedangkan ianya tidak mendapat persetujuan Kabinet.

"Kerajaan sewajarnya menjelaskan apakah kedudukan sebenar isu air serta wujudnya penyemakan semula harga air mentah yang kita bekalkan kepada Singapura?," soal Anwar lagi.

 
Cheap Web Hosting | new york lasik surgery | cpa website design