Tuesday, January 26, 2010

KEADILAN siap siaga hadapi pilihan raya negeri..!!

oleh: Qayyum Al Walid

foto1IPOH – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Perak bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya negeri yang akan berlaku pada bila-bila masa.

Pengerusinya, Mustaffa Kamil Ayub berkata, (gambar) sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya ini, program wacana adalah satu langkah bagi memperkemaskan jentera pilihan raya negeri bagi parti itu.

“Langkah ini mengalu-alukan semua cabang KEADILAN negeri untuk memperkemaskan jentera pilihan raya masing-masing bagi menghadapi pilihan raya setelah sebahagian besar cabang KEADILAN negeri menghantar nama bagi calon Dewan Undangan Negeri
(DUN) terutama 20 DUN Mac 2008.

“Saya yakin Barisan Nasional (BN) juga faham mereka telah mengambilalih kuasa pada Februari 2009 dengan tidak berdemokrasi dan Undang-undang Tubuh Negeri Perak,” katanya kepada Free Malaysia Today selepas merasmikan Program Wacana Pilihanraya di sini, hari ini.

Mustaffa berkata, sesi ceramah gerakan rakyat yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mendapat sokongan rakyat terhadap parti berkenaan.

“Kehadiran lebih 10,000 penduduk di Sungai Manik, Teluk Intan semalam, memperlihatkan semangat dan komitmen untuk meneruskan perjuangan parti berkenaan dan yakin rakyat semakin bijak dalam menghadapi cabaran.

“Beliau mengharapkan pembelaan rakyat diteruskan walaupun ada cubaan untuk menghantar semula beliau ke Penjara Sungai Buloh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Parti KEADILAN Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda berkata, beliau yakin pilihan raya negeri akan diadakan dalam masa yang terdekat.

“Antara faktor pilihan raya negeri diadakan berikutan Perak perlu dibubarkan kerana krisis politik masih belum selesai dan kedudukan kerajaan sedang dalam proses perbicaraan.

“Faktor lain apabila Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersama dengan Perdana Menteri dalam lawatannya ke India dilihat sebagai satu perbincangan berkenaan politik Perak serta Pengerusi SPR mengadap Sultan Perak sebagai satu petanda cukup baik,” katanya.

http://freemalaysiatoday.com/bahasa

Monday, January 25, 2010

Gegar tuntut keadilan untuk Penasihat PKR



IPOH - Satu gerakan yang dikenali sebagai Gerakan Gelombang Rakyat (Gegar) akan dilancarkan dengan memfokuskan soal keadilan untuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anuar Ibrahim yang dikatakan sering dicemari konspirasi pihak Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Keadilan Perak, Mustaffa Kamil Ayub dalam pengumumannya melalui sidang akhbar di Wisma Keadilan Perak, semalam berkata, pelancaran Gegar bakal memberi ruang untuk menuntut keadilan terhadap pertuduhan kes-kes yang dialami Anwar berikut terdapat beberapa aspek undang-undang yang membolehkan tuduhan digugurkan.

“Dalam konteks Gegar, kami telah mula mengadakan ceramah-ceramah di setiap bahagian dan mengedarkan risalah-risalah kesedaran dalam mendedahkan konspirasi tersebut.

“Kami juga akan menaikkan sepanduk dan kain rentang di seluruh Perak sebagai sokongan kami terhadap Anwar Ibrahim,” katanya.

Mustaffa berkata, acara kemuncak Gegar dijadualkan pada 22 Januari ini di Pusat Aktiviti Sosial, Cenderong Balai, Sg. Manik.

Menurutnya, perhimpunan yang dikenali sebagai Himpunan Bersamamu Anwar Peringkat Negeri Perak itu akan diadakan secara besar-besaran dengan kehadiran Anwar sebagai pemidato utama yang pastinya dapat menyuntik semangat ahli-ahli Keadilan dan Pakatan Rakyat untuk terus memberikan sokongan.

“Pada 25 Januari pula kami akan menggerakkan sebanyak mungkin rakan-rakan dan rakyat negeri Perak untuk hadir ke Mahkamah Jalan Duta sebagai membuktikan sokongan kepada Anwar dalam menegakkan keadilan.

“Dalam tempuh ini juga kami telah memutuskan akan mengadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak untuk mempersembahkan memorandum sebagai merayu pihak Istana agar campur tangan dalam kes ini kerana Paduka Seri Sutan merupakan Ketua Agama,” katanya.

Selain itu dalam mesyuarat pimpinan keadilan negeri perak yang berlansung selama tiga jam itu, mereka turut membincangkan mengenai program aktiviti bertujuan menggerakkan program yang dinamakan ‘Mengakar dan Merimbun’ secara lansung kepada masyarakat.

“Aktiviti ini akan dilancarkan kepada enam buah kawasaan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan DUN Changkat Jering adalah titik permulaan disusuli dengan DUN Kuala Kurau, DUN Sungai Manik, DUn Behrang dan DUN Bukit Chandan.

“Fasa pertama ini lebih menumpukan kepada orang Melayu kerana terdapat sedikit masalah komunikasi mengenai politik kawasan desa lantaran serangan UUMNO kepada Melayu desa yang kononnya Pakatan menderhaka kepada raja dan menganggap Pakatan merupakan tunggangan kepada DAP.

“Objektif akan lebih mendampingi pengundi desa kerana selama ini Umno telah menggunakan saluran media sebagai menyampaikan maklumat yang tidak tepat berbanding dengan laporan media bukan Melayu yang lebih terbuka,” katanya.

Menurutnya, pada 17 Januari satu forom khas mengenai peranan masyarakat India dalam memperkasakan budaya politik baru Malaysia akan diadakan.

Katanya, ini merupakan kaitan dalam kejayaan konvension pertama Pakatan pada 19 Desember di mana sebahagian masyarakat India merasa masih belum dapat menyumbang ideal dan tenaga kepada budaya politik baru Malaysia.

KLIK SINAR HARIAN

10000 Rakyat PERAK Bangkit di Chenderong Balai..!!!

Syukur ke hadrat Illahi dengan restunya Program Gegar Bersama DSAi di Chenderong Balai berjalan lancar.Jutaan terima kasih kepada anggota keselamatan yang menjaga lalu lintas di sepanjang jalan utama.

Dianggarkan hampir 10 ribu masyarakat pelbagai lapisan membanjiri lokasi ceramah di Dewan Serbaguna Pekan Chenderong Balai. Seramai 71 orang bekas ahli Umno telah meninggalkan parti hampeh itu menyertai PKR.Borang pencalonan di serah kepada DSAI sendiri. Pihak TBO akan memuat naikkan visual ceramah DSAI sedikit masa lagi agar lebih mudah dan jelas buat pengunjung TBO.

Gegor Kome!!!!

23 Jan 2010

Dipetik dari http://www.telokbakong.com

Sunday, January 24, 2010

'PERAK STRATEGIC PLANNING' DAN 'TEAM BUILDING'..

Saya ucapkan syabas kepada semua pimpinan dari semua peringkat yang dapat hadir membangunkan Pelan Strategik PERAK dan menjayakan BINA PASUKAN dari semalam (23 Jan) hingga ke hari ini (24 Jan) di Bukit Kidding Resort.

Saya yakin dengan semangat berpasukan yang tinggi pada hari ini serta tindakan-tindakan yang bakal dijayakan dalam Pelan Strategik ini,.... KEADILAN PERAK bakal memenangi banyak kerusi dalam Pilihanraya Negeri akan datang. INSYAALLAH.

Friday, January 22, 2010

MAJLIS PENERANGAN KHAS KEPADA DIPLOMAT ASING..

Satu majlis penerangan khas kepada diplomat asing berkaitan perkembangan terkini kes Dato' Seri Anwar Ibrahim dan penerangan senario politik Malaysia telah diadakan pada 19 Jan 2010 di hotel Depalma, Ampang.

Ucapan kata-kata aluan disampaikan oleh Naib Presiden, sdr Mustaffa Kamil Ayub selaku Pengerusi KEADILAN Antarabangsa dan ahli panel terdiri daripada sdr Sivarasa Rasiah, Dr Muhammad Nur Manuty dan Dr Syed Husin Ali.

































SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK BESARKAN.

Saturday, January 16, 2010

Majlis Sepetang Anak Perak bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim..

Posted by Shaha Bakar

9/1/2010, Sabtu - Majlis Sepetang Anak Perak dan Pelancaran Laman Web KAPP oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato' Seri Anwar Ibrahim, di Dewan STC, Batu Caves.

Sunday, January 10, 2010

Kelab Anak Perak Diperantauan...

http://kelabanakperakdiperantauan.blogspot.com/

Saturday, January 9, 2010

NEW PERSPECTIVE AND AGENDA OF GLOBAL AND REGIONAL PEACE: CHALLENGES AND FUTURE...



SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK IMEJ YANG LEBIH BESAR

 
Cheap Web Hosting | new york lasik surgery | cpa website design