Saturday, October 9, 2010

Ayuh tolak dalang Politik busuk!

KENYATAAN MEDIA
Angkat Politik Nilai, tolak dalang politik busuk Rahimi dan Saiful Bukhari!


Assalamualaikum dan salam perjuangan!

Saya yakin Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor tidak akan tampil mempertahankan diri apabila Rahimi Osman memburuk-burukkan parti KEADILAN dan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saya sangat yakin Najib dan Rosmah terlibat dalam konspirasi ini.


Saya yakin kenyataan Rahimi Osman menuduh Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli memaksanya menamakan Najib-Rosmah dalam Akuan Bersumpah keduanya itu semata-mata untuk melindungi kepentingan Najib-Rosmah.

Rakyat dan anggota parti mahu diperbodohkan lagi dengan memadamkan nama kedua-dua peribadi misteri ini.

Tidakkah kita hairan Rahimi boleh menafikan Akuan Bersumpahnya selepas 3 setengah tahun beliau membuat akuan itu?

Tidakkah kita hairan, mengapa Rahimi beriya-iya memadamkan nama Najib-Rosmah dalam akuan bersumpahnya sekarang?

Tidakkah kita hairan, mengapa Najib-Rosmah begitu berdiam diri dan sangat defensif walhal Rahimi bermati-matian cuba memadamkan nama kedua-dua peribadi itu dalam akuan bersumpahnya.

Saya yakin, Rahimi dipaksa membuat tuduhan itu agar rakyat tidak terus menganggap Najib-Rosmah terbabit dalam mencatur Saiful Bukhari Azlan mengenakan Anwar.

Mereka mahu Anwar ke penjara dengan apa cara sekalipun kerana Umno sendiri percaya Anwar mampu membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Dalam firasat saya, kalau Saiful Bukhari gagal dijadikan sebagai peluru hidup untuk membunuh Anwar, Rahimi dengan apa cara sekalipun mesti dijadikan bom jangka C4 untuk membunuh karektor Anwar.

Sebab itu, saya lihat konspirasi terbaru ini tidak patut dipandang remeh oleh semua pihak, terutama rakyat.

Kita sudah tahu, Rahimi lah dalang membawa Saiful Bukhari menjadi salah seorang pegawai khas Anwar.

Tetapi, persoalan yang lebih penting yang tidak pernah kita semua perbincangkan, siapakah yang membawa Rahimi masuk ke ibu pejabat PKR dan menjadi pegawai khas Anwar?

Alangkah liciknya mainan pembesar-pembesar Umno sehingga anggota parti pun tidak dapat menghidu rancangan busuk dan tidak bermaruah ini.

Selepas ini, saya sangat yakin orang-orang Najib-Rosmah akan tuduh parti ini tidak bermaruah dan bermasalah.

Saya sangat yakin orang-orang Najib mahu rakyat melihat parti ini sudah didalangi dalang-dalang politik busuk yang bermasalah.

Angkat Politik Nilai, tolak dalang politik busuk seperti 'arwah' Rahimi dan 'arwah' Saiful Bukhari!

"Politik Baru, Budaya Baru"


Mustafa Kamil Ayub
Naib Presiden KEADILAN

________________________
Petaling Jaya | 1:36 pagi

0 comments:

 
Cheap Web Hosting | new york lasik surgery | cpa website design