Tuesday, November 16, 2010

Siaran Media 16/11/2010:Perjalanan Pemilihan 2010 Masih Belum Memuaskan.Pemilihan 2010 Mestilah Ditangguhkan.Tindakan Tegas JPP &Kepimpinan Diperlukan

Saya ingin menegaskan bahawa perjalanan pemilihan beberapa hari yang lalu masih belum memuaskan. Unsur-unsur kelompongan yang paparkan dalam memorandum lalu masih berterusan.Beberapa aduan tambahan sedang dalam proses dan beberapa orang calon juga sedang memfailkan beberapa kes khusus untuk disiasat.Ingin ditegaskan bahawa saya meneruskan bertanding jawatan timbalan presiden di dalam protes. Dalam ertikata kita masih sangsi dengan perjalanan pemilihan yang ada, namun demi menyelamatkan perjuangan dan parti serta keadaan, saya meneruskan pertandingan.Saya tetap berpendirian yang juga mewakili sejumlah anggota yang signifikan, bahawa pemilihan 2010 mestilah ditangguhkan bagi memberi masa segala aduan dan bantahan ditangani, proses penambahbaikan JPP, logistik dan semua persiapan pemilihan. Dalam...

Friday, November 12, 2010

Kenyataan Media 12 November 2010 :Demi Maruah Perjuangan & Parti Saya Tetap Menawarkan Diri Bertanding Timbalan Presiden Walaupun di Dalam Protes

Normal 0 false false false /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin:0in; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:10.0pt; font-family:"Times New Roman"; mso-ansi-language:#0400; mso-fareast-language:#0400; mso-bidi-language:#0400;} Sejumlah anggota-anggota parti di peringkat akar umbi terus meminta parti dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) untuk mengambil tindakan terhadap memorandum yang dihantar pada 9 November 2010 yang lalu bagi memastikan Pemilihan 2010 yang telah dan sedang berlangsung sekarang benar-benar...

Thursday, November 11, 2010

Kenyataan Media 11 November 2010 : Sokongan Tidak Berbelah Bagi Kepada Kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim

Saya merujuk kepada laporan bertajuk “Anwar, Azmin tak tunduk desakan keluar parti” pada muka 4 Berita Harian bertarikh 10hb November 2010 yang ditulis oleh wartawan Anwar Hussin dan Haspaizi Mohd Zain. Di dalam ruangan berita tersebut, Berita Harian telah menyiarkan gambar saya bersama Dato’ Zaid Ibrahim dengan caption yang tertulis “Mustaffa Kamil (kiri) dan Zaid menunjukkan memorandum mendesak Anwar dan Mohamed Azmin supaya berundur pada sidang media di kediaman Zaid di Kuala Lumpur, semalam”.Saya membantah sekeras-kerasnya laporan yang salah di dalam caption gambar tersebut kerana memorandum yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut bukan sama sekali untuk mendesak Dato’ Seri Anwar dan Sdr Azmin berundur. Sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini, memorandum yang saya hantar pada...

Kenyataan Media 9 November 2010 : Pembatalan & Penjalanan Semula Pemilihan Parti KEADILAN Rakyat 2010

Pemilihan Kepimpinan pusat Keadilan sedang berlangsung sejak 29hb. Oktober 2010. Sehingga kini terdapat 162 aduan atas kepincangan yang akan menjejaskan integriti dan kredibiliti JPP.Hari ini saya dan teman-teman akan menyerahkan memorandum bagi mendesak pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan pusat 2010 kepada Presiden KEADILAN dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).Antara lain dalam memorandum ini kami mempersoalkan tentang sistem dan perjalanan pemilihan secara telus yang diperkenalkan pada tahun ini amat jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan oleh perwakilan yang meluluskan pindaan Perlembagaan parti dalam Kongres Khas pada bulan Jun 2009.Kegagalan utama JPP ialah dalam mempertahankan prinsip pemilihan yang bersih, bebas dan adil (clean, free and fair election)....

Thursday, November 4, 2010

Kenyataan Media 4 November 2010 : Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) 2010 Mesti Telus & Ada Integriti

Proses pemilihan Parti KEADILAN telah bermula pada 29 Oktober 2010, namun apa yang kita harapkan untuk memperolehi satu sistem pemilihan yang adil dan telus daripada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) semasa mengendalikan proses pemilihan amatlah mendukacitakan.Kita juga pernah menyuarakan bantahan sebelum ini, dalam peringkat proses pencalonan dan pemilihan cabang terhadap JPP, disebabkan banyaknya berlaku masalah dan ketidakseragaman dalam melaksanakan syarat dan peraturan pertandingan yang sepertimana yang ditetapkan oleh JPP itu sendiri. Secara jelasnya, walaupun terdapat banyak bantahan yang telah dikemukakan, sehingga kini tidak ada apa-apa tindakan dan keputusan yang diambil oleh jawatankuasa tersebut, walaupun terdapat syarat dan peraturan tidak yang secara jelas tidak dipatuhi.Permasalahan...

Friday, October 22, 2010

Manifesto & cita-cita semua...

[klik gambar untuk pembesar...

[Youtube] Kembalikan Suara Reformasi Dalam Keadilan

...

Thursday, October 21, 2010

Pakatan janji pertahan Perlembagaan, tolak politik rasis Umno BN!

Kenyataan Media: Pertahankan ketertinggian Perlembagaan, Tolak Politik Rasis Umno BNAssalamualaikum dan Salam Sejahtera,Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa kepentingan Melayu tidak akan dipadamkan walaupun dengan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.Ini kerana kata Presiden Umno itu, untuk mengubah soal kepentingan Melayu dalam Perlembahaan sekalipun, sebenarnya memerlukan persetujuan 9 anggota dari Majlis Raja-Raja Malaysia."Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak mampu mengubah apa-apa jua tanpa kebenaran Majlis yang dianggotai oleh sembilan Orang Raja-Raja Melayu," ucap Najib di Pemilihan Agong Umno petang tadi....

Wednesday, October 20, 2010

"Manifesto kita...," kata Mus.

KEMBALIKAN SUARA RAKYAT DALAM KEADILAN"Rakyat dan golongan refomis lah yang mencetuskan penubuhan serta mengangkat parti kita sekuat ini. Atas keyakinan bahawa suara-suara ini terpenting untuk menggerakkan parti dan seluruh rakyat ke Putrajaya, saya berasa wajib untuk saya memastikan suara-suara ini akan digemakan semula."Mustaffa Kamil AyubCalon Timbalan Presiden KEADILANMISI KITA- Saya akan melaksanakan 'polisi rakyat' dalam parti dengan mengangkat semula suara akar umbi parti dan golongan Reformis sebagai suara utama parti.- Saya akan memastikan janji Pakatan Rakyat untuk memberi hak autonomi kepada Sabah dan Sarawak dilaksanakan.- Saya akan memastikan kelangsungan politik nilai dalam parti seperti sederhana, toleransi, mesra, setiakawan, berhemah dan berintegriti supaya pemimpin dididik...

Thursday, October 14, 2010

Kenyataan Media 14 Oktober 2010: Laksana Pembaharuan Institutusi (Institutional Reform), Dedah Akaun Calon dan Cat Jari Demi Integriti Parti

KENYATAAN MEDIA14 Oktober 2010Laksana Pembaharuan Institusi (Institutional Reform), Dedah Akaun Calon dan Cat Jari Demi Integriti PartiAssalamualaikum dan salam mesra,Sempena proses pemilihan peringkat pusat dengan pengesahan calon-calon bertanding pada 16 Oktober ini, saya mencadangkan supaya semua calon yang bertanding mengisytiharkan harta serta belanjawan masing-masing.Boleh dikatakan sepanjang pilihan raya umum dan kecil lepas, oposisi mengajak rakyat percaya bahawa kebanyakan pemimpin UMNO/BN mengamalkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.Kita bukan sahaja mencabar mereka yang terbabit mendedahkan akaun masing-masing dan belanjawan pilihan raya masing-masing sempena pilihan raya. Malah, kita juga mendesak pihak berwajib seperti SPR dan SPRM supaya menyiasat beberapa pemimpin UMNO/BN yang...

Monday, October 11, 2010

Saya tetap bertanding Timbalan!

KENYATAAN MEDIATimbalan: Saya tetap bertanding!Assalamualaikum dan salam sejahtera,Selepas Tan Sri Khalid mengumumkan untuk menawarkan diri bertanding kerusi Timbalan Presiden KEADILAN, Sahabat-sahabat tidap putus-putus menghubung saya.Menurut mereka, pengumuman Tan Sri Khalid, Menteri Besar Selangor bakal mengubah lanskap sokongan di peringkat cabang-cabang, khususnya di Selangor kepada calon Timbalan yang lain.Undi popular yang diberikan pada calon yang lain khabarnya berubah secara dinamik dan menarik....

Butakah Najib bahawa undi 4 November, Deepavali 5 Oktober?

KENYATAAN MEDIAGalas: Buang undi 4 November bukti Najib buta budaya!Assalamualaikum dan salam sejahtera,Buang undi 4 November di Pilihan Raya Kecil Galas membukti Najib buta budaya, tidak peduli sensitiviti masyarakat Hindu di MalaysiaApakah Najib, Perdana Menteri buta bahawa penganut Hindu meraikan Hari Deepavali pada 5 November depan?Adakah budaya rasis yang diperjuangkan oleh Umno BN selama ini mengakibatkan Najib tidak kisah apa yang saya bangkitkan sekarang....

Impian Najib bohong!

KENYATAAN MEDIAImpian Najib suatu pembohongan!Assalamualaikum dan salam mesra,Rakyat, khususnya bukan Melayu dinasihatkan supaya tidak terpengaruh oleh impian terbaru yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam di Perhimpunan Tahunan Agong MCA ke-57.Najib, Perdana Menteri berkata, BN mesti disokong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) supaya Malaysia boleh dipacu menjadi negara kelas pertama abad ke-21 melalui Program Tranformasi Ekonomi (ETP) sekarang....

Saturday, October 9, 2010

Rahimi ‘bom jangka C4‘ !

Naib presiden PKR: Rahimi ‘bom jangka C4 ‘mahu bunuh karakter AnwarSumber: TheMalaysianInsiderKUALA LUMPUR, 9 Okt — Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub menegaskan, musuh Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menggunakan bekas pembantunya Rahimi Osman sebagai “bom jangka C4” untuk membunuh karakter politik ketua pembangkang itu selepas “gagal” mempergunakan Mohd Saiful Bukhari Azlan.Rabu lalu, Rahimi mendakwa dia telah dipaksa oleh pemimpin dan peguam PKR agar menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008 untuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes liwat melibatkan Anwar sekarang.“Dalam firasat saya, kalau Saiful Bukhari gagal dijadikan sebagai peluru hidup untuk membunuh Anwar, Rahimi dengan apa cara sekalipun mesti dijadikan bom jangka...

'Jangan cover line lah, Datuk...'

KENYATAAN MEDIA: 'Jangan cover line lah, Datuk...'Assalamualaikum dan salam sejahtera,Saya percaya, Perkasa Pribumi Negara (Perkasa) dan Datuk Ibrahim Ali tidak akan turun ke Galas untuk membantu Ku Li.Dia penakut untuk bercakap soal kepentingan Melayu di Galas sebab dia tahu orang-orang Melayu dan Orang Asal benci dengan api perkauman yang ditiupkan olehnya, Umno dan BN.Soal pengiktirafan yang dibangkitkan olehnya apabila dicabar oleh Khalid Samad beberapa hari lalu sekadar untuk cover line sahaja....

Ayuh tolak dalang Politik busuk!

KENYATAAN MEDIAAngkat Politik Nilai, tolak dalang politik busuk Rahimi dan Saiful Bukhari!Assalamualaikum dan salam perjuangan!Saya yakin Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor tidak akan tampil mempertahankan diri apabila Rahimi Osman memburuk-burukkan parti KEADILAN dan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.Saya sangat yakin Najib dan Rosmah terlibat dalam konspirasi i...

Friday, October 1, 2010

Pengumuman Bertanding Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat

Sidang Media1 Oktober 2011 (Jumaat)Assalamualaikum dan Salam sejahtera.Alhamdulillah. Musim pemilihan sempena Mesyuarat Agong Tahunan Cabang (MATC) nampaknya menarik perhatian semua pihak. Anggota-anggota parti, saya lihat begitu komited dan percaya dengan sistem pemilihan yang baru, iaitu 1 anggota 1 undi.Semua kita mahu melihat parti lebih adil. Anggota-anggota mahu Parti Keadilan Rakyat angkat semangat keadilan, begitu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Presiden) dan juga saya....

Saturday, June 5, 2010

Dakwaan Biden Flotila Bawa Senjata Karut

KUALA LUMPUR 5 Jun - Dakwaan Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang mengatakan konvoi enam kapal bantuan kemanusiaan (Freedom Flotilla) kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza membawa bekalan senjata tidak berasas sama sekali. Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub berkata kapal Mavi Marmara yang dulu diserang komando rejim Zionis-Israel yang menyebabkan sembilan sukarelawan dan berpuluh lagi cedera dalam serangan itu. "Misi bantuan kemanusiaan itu adalah gabungan warga 40 buah negara dunia dan konvoi tersebut juga membawa ahli parlimen United Kingdom serta pemenang Nobel. "Serangan itu menunjukkan rejim...

DEMO SELAMATKAN GAZA... DEPAN US EMBASSY..! Bersama Dr Hatta Ramli..

...

Umno-BN Perlekeh Pergorbanan Sukarelawan Malaysia, Turki Anggap Wira

June 5, 2010 KUALA LUMPUR 5 Jun - Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN , Mustaffa Kamil Ayub kesal dengan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang tidak mengiktiraf pengorbanan sukarelawan yang terselamat dalam misi bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza Isnin lepas."Faktor alasan kewangan tidak dapat diterima sama sekali sedangkan komitmen kerajaan Turki lebih tinggi berbanding negara-negara Islam yang lain termasuk Malaysia."Saya berasakan ini berkemungkinan mempunyai hubungkait dengan kontrak yang dimeterai antara kerajaan Umno-BN dan Apco."Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak nampaknya seperti...

Thursday, June 3, 2010

Anwar Bukan Agen Amerika, Zionis..

Oleh Rusnizam MahatSHAH ALAM 3 Jun - Desakan B'Nai B'rith, sebuah pertubuhan yahudi berpengaruh di Amerika yang menyenaraikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai musuh kuasa besar itu membuktikan bahawa Anwar bukan ejen Amerika atau Zionis seperti mana yang sering digambarkan oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional.Perkara ini dinyatakan Naib Presiden KEADILAN, Mustafa Kamil Ayub ketika mengulas gesaan badan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John F Kerry, yang mendesak Washington DC memutuskan semua hubungan dengan Anwar Ibrahim.Alasan yang diberikan pertubuhan Israel itu ialah Anwar membangkitkan...

Tuesday, June 1, 2010

KEADILAN Seru Masyarakat Antarabangsa Kutuk Kekejaman Rejim Zionis Israel

PETALING JAYA 1 Jun - KEADILAN mengutuk sekeras-kerasnya tindakan komando rejim zionis Israel yang menyerang sebuah daripada enam buah kapal yang dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza. Pengerusi Biro Antarabangsa Mustaffa Kamil Ayub berkata tindakan kejam komando rejim zionis itu telah menyebabkan ramai aktivis yang tidak bersalah terbunuh. "Kapal tersebut tidak melakukan apa-apa kesalahan dan masih berada di dalam perairan antarabangsa dan pihak berkuasa Israel tidak mempunyai hak untuk menaiki kapal tersebut. "Alasan bahawa aktivis di dalam kapal tersebut telah menyerang komando Israel itu dahulu boleh dianggap menghina...

Pemimpin Pakatan Rakyat Serah Memorandum Bantahan Kepada Amerika Syarikat

Bantahan terus kedengaran di serata dunia ekoran serangan Komando Israel ke atas kapal Mavi Marmara yang menghantar bantuan kepada penduduk Gaza.Di ibu negara hari ini, pemimpin Pakatan Rakyat dan pelbagai Badan Bukan Kerajaan berkumpul di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada konsulat Amerika ke Malaysia.Sekumpulan polis dan pasukan simpanan persekutuan (FRU) telahpun berkubu di hadapan kedutaan Amerika sejak awal pagi lagi dan menutup sebahagian laluan masuk untuk kenderaan ke situ.Pakatan rakyat bersama lebih 200 aktivis bagaibamanpun berjaya menyerahkan memorandum bantahan...

BANTAH ISRAEL...!!

Nazri Abdullah KUALA LUMPUR, 1 Jun: PAS hari ini menyerahkan satu memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi mendesak negara itu menghentikan bantuan askar mereka kepada Israel untuk mencabul hak dan menzalimi rakyat Palestin.Penyerahan memorandum tersebut diketuai Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa bagi mewakili Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Turut serta pada penyerahan itu termasuk Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Dr. Dzulkefly Ahmad serta Dr. Lo' Lo' Ghazali.Memorandum serupa turut diserahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR)...

Thursday, May 27, 2010

BENGKEL STRATEGIK PEPIAT....

...

Wednesday, May 26, 2010

SELAMAT BERKONGRES KALI KE 6...

Masa beredarRakyat mulai sedarPutaran roda terus berpusingDi Sibu BN peningTaktik kotor mereka gagalPengundi Cina tetap cekalMelayu Melanau dan Iban mula menyoalRasuah bukan halalJudi bukan halalRampas tanah rakyat kerja dajjalKerja-kerja dajjalRompak kerajaan di PerakBeli ADUN bermasalahBeli dan ugut MP sakit jiwaPara pengundi kecewaBayan BAruNibong TebalKulim Bandar BaruBagan SeraiWangsa MajuChangkat JeringBehrangLunasPelabuhan KlangNgemahBakar ArangJahanam yang mereka tujuDengan penzalim diampu-ampuPara pengundi yang tertipuPRU 13 semua kerusi sapuBila kering kolamKatak-katak susah menyelamBermuka talamPasti tenggelamMacam kapal Titanic di...

SUARA BARU DEMOKRASI..

...

Anwar Desak Najib Bentang Isu Tanah KTMB Di Parlimen Jun Depan

SHAH ALAM 25 Mei - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan kertas laporan berhubung isu tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad di sidang parlimen Jun ini. Menurutnya, kerjasama dan hubungan diplomatik yang baik di antara Malaysia dengan Singapura merupakan satu keutamaan namun penyelesaiannya harus didasarkan kepada prinsip ketelusan terutamanya apabila ianya membabitkan kepentingan nasional dan khazanah negara. "Kita difahamkan bahawa isu tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad yang selama ini menjadi pertikaian di antara Malaysia dan Singapura telah diselesaikan semalam....

Saturday, February 13, 2010

SAYA UCAPKAN ....

Saya ucapkan kepada semua rakyat Perak yang meraikan Tahun Baru Cina agar tahun ini membawa kebahagian dan kemakmuran. Kepada mereka yang dalam perjalanan pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalanraya. Pandu Cermat Jiwa Selam...

Tuesday, January 26, 2010

KEADILAN siap siaga hadapi pilihan raya negeri..!!

oleh: Qayyum Al Walid IPOH – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Perak bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya negeri yang akan berlaku pada bila-bila masa. Pengerusinya, Mustaffa Kamil Ayub berkata, (gambar) sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya ini, program wacana adalah satu langkah bagi memperkemaskan jentera pilihan raya negeri bagi parti itu. “Langkah ini mengalu-alukan semua cabang KEADILAN negeri untuk memperkemaskan jentera pilihan raya masing-masing bagi menghadapi pilihan raya setelah sebahagian besar cabang KEADILAN negeri menghantar nama bagi calon Dewan Undangan Negeri(DUN) terutama 20 DUN Mac 2008. “Saya yakin Barisan...

Monday, January 25, 2010

Gegar tuntut keadilan untuk Penasihat PKR

IPOH - Satu gerakan yang dikenali sebagai Gerakan Gelombang Rakyat (Gegar) akan dilancarkan dengan memfokuskan soal keadilan untuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anuar Ibrahim yang dikatakan sering dicemari konspirasi pihak Barisan Nasional (BN).Pengerusi Keadilan Perak, Mustaffa Kamil Ayub dalam pengumumannya melalui sidang akhbar di Wisma Keadilan Perak, semalam berkata, pelancaran Gegar bakal memberi ruang untuk menuntut keadilan terhadap pertuduhan kes-kes yang dialami Anwar berikut terdapat beberapa aspek undang-undang yang membolehkan tuduhan digugurkan.“Dalam konteks Gegar, kami telah mula mengadakan ceramah-ceramah...

10000 Rakyat PERAK Bangkit di Chenderong Balai..!!!

Syukur ke hadrat Illahi dengan restunya Program Gegar Bersama DSAi di Chenderong Balai berjalan lancar.Jutaan terima kasih kepada anggota keselamatan yang menjaga lalu lintas di sepanjang jalan utama. Dianggarkan hampir 10 ribu masyarakat pelbagai lapisan membanjiri lokasi ceramah di Dewan Serbaguna Pekan Chenderong Balai. Seramai 71 orang bekas ahli Umno telah meninggalkan parti hampeh itu menyertai PKR.Borang pencalonan di serah kepada DSAI sendiri. Pihak TBO akan memuat naikkan visual ceramah DSAI sedikit masa lagi agar lebih mudah dan jelas buat pengunjung TBO. Gegor Kome!!!!23 Jan 2010Dipetik dari http://www.telokbakong....

Sunday, January 24, 2010

'PERAK STRATEGIC PLANNING' DAN 'TEAM BUILDING'..

Saya ucapkan syabas kepada semua pimpinan dari semua peringkat yang dapat hadir membangunkan Pelan Strategik PERAK dan menjayakan BINA PASUKAN dari semalam (23 Jan) hingga ke hari ini (24 Jan) di Bukit Kidding Resort.Saya yakin dengan semangat berpasukan yang tinggi pada hari ini serta tindakan-tindakan yang bakal dijayakan dalam Pelan Strategik ini,.... KEADILAN PERAK bakal memenangi banyak kerusi dalam Pilihanraya Negeri akan datang. INSYAALL...

Friday, January 22, 2010

MAJLIS PENERANGAN KHAS KEPADA DIPLOMAT ASING..

Satu majlis penerangan khas kepada diplomat asing berkaitan perkembangan terkini kes Dato' Seri Anwar Ibrahim dan penerangan senario politik Malaysia telah diadakan pada 19 Jan 2010 di hotel Depalma, Ampang.Ucapan kata-kata aluan disampaikan oleh Naib Presiden, sdr Mustaffa Kamil Ayub selaku Pengerusi KEADILAN Antarabangsa dan ahli panel terdiri daripada sdr Sivarasa Rasiah, Dr Muhammad Nur Manuty dan Dr Syed Husin Ali.SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK BESARK...

Saturday, January 16, 2010

Majlis Sepetang Anak Perak bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim..

Posted by Shaha Bakar 9/1/2010, Sabtu - Majlis Sepetang Anak Perak dan Pelancaran Laman Web KAPP oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato' Seri Anwar Ibrahim, di Dewan STC, Batu Cav...

Pages 111234 »

 
Cheap Web Hosting | new york lasik surgery | cpa website design