Monday, October 11, 2010

Butakah Najib bahawa undi 4 November, Deepavali 5 Oktober?

KENYATAAN MEDIA
Galas: Buang undi 4 November bukti Najib buta budaya!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buang undi 4 November di Pilihan Raya Kecil Galas membukti Najib buta budaya, tidak peduli sensitiviti masyarakat Hindu di Malaysia

Apakah Najib, Perdana Menteri buta bahawa penganut Hindu meraikan Hari Deepavali pada 5 November depan?

Adakah budaya rasis yang diperjuangkan oleh Umno BN selama ini mengakibatkan Najib tidak kisah apa yang saya bangkitkan sekarang.


Kalau Najib dan SPR masih berdegil mahu melaksanakan Hari Penamaan Calon (26 Oktober) dan Hari Pembuangan Undi (4 November) pada hari bekerja semata-mata, saya tidak kisah.

Sepatutnya, Najib menasihat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) supaya ubah tarikh tersebut kerana terlalu dekat dengan Hari Deepavali.

Kerajaan pusat ini bukan milik Umno BN, kerajaan ini milik rakyat baik Melayu, Cina, India, Dayak, Kadasan dan kaum-kaum lain.

Sebab itu, semua kebudayaan kaum-kaum selain Melayu pun mesti diiktiraf sebagai kebudayaan Malaysia.

Sebab itu juga, saya ajak rakyat, khususnya masyarakat India dan penganut Hindu supaya buka mata seluas-luasnya.

Lihat Najib, seorang pemimpin negara yang saya kira tidak komited dalam kebudayaan masyarakat minoriti di Malaysia.

Kebudayaan masyarakat majoriti seperti kebudayaan Melayu mesti dipertahankan, tetapi jangan menafikan kewujudan kebudayaan-kebudayaan yang lain.

Saya menyeru masyarakat India supaya buka mata seluas-luasnya dan lihat wajah sebenar pemimpin Umno BN.

Angkat politik nilai, pertahan kebudayaan rakyat yang majmuk ini serta tolak hegemoni pemimpin-pemimpin Umno BN!

MUSTAFFA KAMIL AYUB
Naib Presiden KEADILAN

0 comments:

 
Cheap Web Hosting | new york lasik surgery | cpa website design