Sunday, November 15, 2009

KEADILAN PERAK: SEDIAKAN NAMA CALON SEKARANG...!!!


Mulai Jumaat depan setiap cabang hendaklah mengemukakan 3 senarai calon disetiap kawasan cabang yang akan bertanding di Pilihanraya akan datang.

Dengan ini pucuk pimpinan parti mempunyai masa yang cukup untuk meneliti dan menilai latar belakang semua bakal-bakal calon.

Bakal-bakal calon juga mempunyai masa untuk turun padang dan berjumpa dengan semua lapisan masyarakat. Dari sini mereka boleh belajar sedikit sebanyak pengalaman dan pendedahan peringkat awal lagi.

Parti juga akan merancang untuk menyediakan key performance indicators (KPIs) untuk semua ADUN dan juga Ahli Parlimennya.

Friday, November 13, 2009

KONVENSYEN....



Konvensyen KEADILAN PERAK akan diadakan pada 14 Nov. (Sabtu) jam 1 petang di Dewan Chin Woo, Ipoh, PERAK.




Ucaputama:
Dato' Seri Anwar Ibrahim

SYARAHAN PERDANA ANWAR IBRAHIM...





Syarahan Perdana dan Perasmian Wisma KEADILAN oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 14 Nov. jam 9 malam di Medan Istana, Ipoh Raya.

Orang ramai dijemput hadir...!!!

Saturday, October 24, 2009

SARAWAK e-MEDIA TRAINING..!!


Presiden KEADILAN, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah merasmikan Seminar Strategi Kempen e-Media pada 18 Okt baru-baru ini. Seminar ini yang dibawa khas dari 'Team Barack Obama Strategy' oleh PPN Sarawak, Sdr Mustaffa Kamil adalah untuk membantu KEADILAN Sarawak dalam memenangi pilihanraya negeri akan datang.

Tuesday, September 8, 2009

REFORMASI GELOMBANG KEDUA...!!



“Patah paruh bertongkat dagu, patah dagu bertongkak kuku”

Justeru itu perjuangan murni ini mesti diteruskan. Sudah pasti bagi memastikan kelangsungan perjuangan semangat ahli mestilah terus dipupuk. Dalam masa yang sama pendidikan politik melalui wacana dan diskusi mestilah diperhebatkan. Program latihan dan kepimpinan sewajarnya menjadi kemestian kepada setiap anggota terutamanya pimpinan parti.
Nilai Islam dan agama sewajarnya menunjangi nurani pejuang agar punya daya tahan yang jitu. Tradisi ilmu mestilah disemarakkan agar perubahan yang dibawa benar-benar membawa sinar baru. kemahiran diri dan organisasi seharusnya digilap. Manakala isu nasional dan global semestinya digarap. Kesemuanya amat penting jika kita ingin meletakkan Pakatan Rakyat sebagai pasukan yang bersedia mengambilalih pemerintahan negara.

Inilah Reformasi Gelombang Kedua yang mesti kita pertimbangkan bersama.

 
Cheap Web Hosting | new york lasik surgery | cpa website design