Monday, October 11, 2010

Saya tetap bertanding Timbalan!

KENYATAAN MEDIA
Timbalan: Saya tetap bertanding!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selepas Tan Sri Khalid mengumumkan untuk menawarkan diri bertanding kerusi Timbalan Presiden KEADILAN, Sahabat-sahabat tidap putus-putus menghubung saya.

Menurut mereka, pengumuman Tan Sri Khalid, Menteri Besar Selangor bakal mengubah lanskap sokongan di peringkat cabang-cabang, khususnya di Selangor kepada calon Timbalan yang lain.

Undi popular yang diberikan pada calon yang lain khabarnya berubah secara dinamik dan menarik.


Kalau benar lanskap sokongan sedang berubah, saya berkeyakinan bahawa perubahan itu lebih banyak memberi kelebihan kepada saya berbanding yang lain.

Dalam kesibukan semua calon menyusun pasukan masing-masing, saya juga yakin bahawa anggota KEADILAN di semua peringkat lebih bijak memilih calon demi memperkukuh KEADILAN.

Sebab itu, suka saya tegaskan sekali lagi di sini, kemasukan Khalid sebenarnya tidak mengubah pendirian saya.

Malah, saya semakin tekad untuk mengisi kerusi Timbalan Presiden KEADILAN atas dasar hormat pada keputusan akar umbi yang sebelum ini mencalonkan saya; serta mahu saya membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta kepemimpinan yang lain.

Sama ada Khalid akan mengubah tapak sokongan pencabar -pencabar yang lain, keputusan Khalid itu perlu dihormati.

Bagi saya, parti memerlukan seseorang yang kurang memikul amanah; sama ada sebagai wakil rakyat atau kakitangan kerajaan negeri supaya mampu memberi fokus pada memperkukuh parti.

Parti memerlukan seorang yang terbuka dan fokus pada agenda memperkasa anggota dan parti.

Untuk memenuhi keperluan itu, saya yakin anggota KEADILAN di semua peringkat sedia membantu saya membuat persiapan parti untuk menghadapi Umno BN pada PRU13 kelak.

Sekian, Terima kasih.

"Angkat Politik Nilai, Pertahan Suara Perubahan Di Kalangan Akar Umni Parti"


MUSTAFFA KAMIL AYUB
Naib Presiden KEADILAN


________________
http://mustaffakamil.blogspot.com

1 comments:

Anonymous said...

menurut sumber berita msk-ureka, MUS dan zaid ada buat pertemuan, rujuk di http://ureka.asia/2010/10/siri-12-pemilihan-amk-k...

Chegu Bard dah wujudkan team … lupa nama dia…
Rafizi dah buat team Generasi Reformasi
Khalid Ibrahim dah buat team bersama tian chua, dr. nur manuty, irene dan syed mtuc..
Azmin ali pun dh buat team “underground bersama xavier dan ….. ”

so aku cadangkan

Zaid dan Mus berpakat dalam satu team

Zaid bertanding presiden
MUS bertanding Timbalan Presiden
Ajak Nurul Izzah jadi team Naib Presiden (wakil suara anak muda)
bersama YB Dr. Lee Boon Chye (wakil suara bangsa cina dan bukan Islam),
Fuziah Salleh (wakil suara NGO Islam dan wanita) dan
N. Gobalakrishnan (wakil suara India dan reformasi)…

Zaid/Mus perlu bentuk team untuk lawan team Khalid Ibrahim dan Team Azmin Ali..
Kalau zaid terus bersendirian.. aku tak jamin Zaid boleh menang…
Kalau zaid berpakat bersama Mus-Izzah-LeeBoonChye,Fuziah dan Ngolaba.. Aku jangka Zaid boleh dapat sokongan 70%.. Insya Allah… zaid.. lu kene buat team…. MSK, lu tolong sound zaid..
Alang-alang bertanding… mesti berusaha keras untuk menang….

TEAM REFORMASI GENERASI 2
Zaid-Mus-Izzah-LeeBoonChye,Fuziah dan Ngolaba

kebetulan manifesto zaid dan mus ada keserasian...
alangkah indahnya manifesto zaid digunakan utk bertanding presiden manakala mus digunakan untuk timbalan...

zaid akan usaha kearah memperkemaskan dana dan dasar..
mus akan berusaha kearah memperkasa tarbiyah dan hikmah
izzah akan menarik seberapa maksima sokongan anak muda
gobala akan memperjuangkan nasib kaum-kaum minoriti dan golongan reformis
boonchye akan meperkemaskan memperkemaskan sokongan bukan Islam dan komuniti sosial
fuziah salleh akan memperdayakan kaum wanita ...............

 
Cheap Web Hosting | new york lasik surgery | cpa website design