Saturday, June 5, 2010

Dakwaan Biden Flotila Bawa Senjata Karut


KUALA LUMPUR 5 Jun - Dakwaan Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang mengatakan konvoi enam kapal bantuan kemanusiaan (Freedom Flotilla) kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza membawa bekalan senjata tidak berasas sama sekali.

Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub berkata kapal Mavi Marmara yang dulu diserang komando rejim Zionis-Israel yang menyebabkan sembilan sukarelawan dan berpuluh lagi cedera dalam serangan itu.

"Misi bantuan kemanusiaan itu adalah gabungan warga 40 buah negara dunia dan konvoi tersebut juga membawa ahli parlimen United Kingdom serta pemenang Nobel.

"Serangan itu menunjukkan rejim Zionis itu mengisytiharkan perang kepada seluruh warga dunia.

"Sehingga ke hari ini, rejim Zionis itu telah melanggar lebih 80 resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, maksudnya ia langsung tidak menghormati undang-undang dunia, " tegas beliau.

Biden, ketika ditemubual dalam rancangan "Charlie Rose" oleh stesen penyiaran American Public Broadcasting Service Rabu lalu mempertahankan tindakan Israel yang menahan kapal menuju ke Gaza bagi mencegah penyeludupan senjata.

Beliau berpandangan tidak ada keperluan untuk berkeras supaya bekalan itu disampaikan terus kepada penduduk Semenanjung Gaza.

Biden kemudiannya memberi alasan kononnya Israel bimbang dengan isi kandungan yang dibawa kapal tesebut.

Ditanya mengenai pendirian KEADILAN, Mustaffa berkata Pakatan Rakyat melalui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar surat kepada pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di sini untuk diserahkan kepada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

"Pegawai tersebut berjanji akan menyerahkan surat tersebut minggu depan kepada Obama.

"Dalam surat itu, Pakatan Rakyat meminta agar beliau mengambil kesempatan untuk memperbetulkan keadaan itu," ujar Mustaffa lagi.

DEMO SELAMATKAN GAZA... DEPAN US EMBASSY..! Bersama Dr Hatta Ramli..

Umno-BN Perlekeh Pergorbanan Sukarelawan Malaysia, Turki Anggap Wira

June 5, 2010
KUALA LUMPUR 5 Jun - Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN , Mustaffa Kamil Ayub kesal dengan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang tidak mengiktiraf pengorbanan sukarelawan yang terselamat dalam misi bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza Isnin lepas.

"Faktor alasan kewangan tidak dapat diterima sama sekali sedangkan komitmen kerajaan Turki lebih tinggi berbanding negara-negara Islam yang lain termasuk Malaysia.

"Saya berasakan ini berkemungkinan mempunyai hubungkait dengan kontrak yang dimeterai antara kerajaan Umno-BN dan Apco.

"Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak nampaknya seperti terikat dan mengikut telunjuk untuk mendapat perhatian Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Menurut Mustaffa lagi, ini mungkin mempunyai kaitan dengan kezaliman terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes pembunuhan Altantunya.

"Kita juga sangsi dengan respon Najib yang begitu lambat bertindak berhubung serangan komando rejim zionis Israel terhadap kapal Mavi Marmarra yang menyebabkan 9 aktivis dan berpuluh lagi cedera.

"Kontrak yang dimeterai Najib dengan syarikat Apco Worldwide menjadi satu sebab kerajaan Umno-BNl bersikap sederhana terhadap sukarelawan Malaysia yang terselamat," ujarnya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Sebelum itu, media melaporkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik berkata Angkatan Tentera Malaysia tidak akan mengadakan penerbangan khas untuk membawa pulang 12 sukarelawan dan media Malaysia yang dibebaskan dari tahanan tentera Israel.

Ahmad Zahid memberi alasan penerbangan itu akan membabitkan kos yang tinggi dan setakat ini tiada permintaan daripada kerajaan Umno-BN untuk membawa mereka pulang menggunakan pesawat tentera.

http://kerabubersuara.blogspot.com

Thursday, June 3, 2010

Anwar Bukan Agen Amerika, Zionis..



Oleh Rusnizam Mahat

SHAH ALAM 3 Jun - Desakan B'Nai B'rith, sebuah pertubuhan yahudi berpengaruh di Amerika yang menyenaraikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai musuh kuasa besar itu membuktikan bahawa Anwar bukan ejen Amerika atau Zionis seperti mana yang sering digambarkan oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional.

Perkara ini dinyatakan Naib Presiden KEADILAN, Mustafa Kamil Ayub ketika mengulas gesaan badan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John F Kerry, yang mendesak Washington DC memutuskan semua hubungan dengan Anwar Ibrahim.

Alasan yang diberikan pertubuhan Israel itu ialah Anwar membangkitkan kebencian terhadap Israel dan Yahudi-Zionis.

"Saya fikir kenyataan itu jelas memberi gambaran bahawa dakwaan sesetengah pihak mengatakan Anwar ialah ejen yahudi tak berasas sama sekali.

"Tindakan Anwar membidas Umno kerana menguna pakai Apco Worldwide sebagai perunding imej dan komunikasi menjadi sandaran kononnya Anwar adalah anti yahudi.

"Israel ialah sebuah negara yang banyak terlibat dalam keanasan terhadap umat Islam. Perkara ini jelas membuktikan Anwar bukannya ejen Yahudi atau boneka Amerika," jelasnya.

Menurut Mustafa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lebih dekat untuk dilabelkan sebagai ejen zionis apabila mengguna pakai khidmat syarikat Israel berkenaan termasuk menggunakan kepakaran Israel dalam membina sistem maklumat polis diraja Malaysia.

"Dalam episod ini, sekarang yang nampak lebih tunduk kepada Zionisme dan Amerika ialah Najib apabila kerajaan Umno-Bn membayar sebanyak RM77 juta kepada Apco," ujarnya,

B'Nai B'rith International merupakan pertubuhan pro Israel tertua di dunia yang mempunyai 200,000 ahli dan penyokong di 50 buah negara.

Dalam gesaan rasmi badan itu kepada Amerika, ia melahirkan kebimbangan terhadap kenyataan Anwar yang dikatakan bersifat anti-sematik semasa mendedahkan hubungan perdana Menteri, Najib Razak dan firma perunding komunikasi, Apco Worldwide.

Anwar sebelum ini turut diserang oleh penulis pro israel, Rachel Motte dalam sebuah portal rencana terbitan The New Ledger yang menuduh beliau sebagai ekstremis kerana membidas Najib yang menurut kehendak Washington dalam menekan Iran.

Kritikan terhadap rejim Israel dan zionisme bukan merupakan suatu perkara baru memandangkan keganasan berterusan yang dilakukan rejim itu terhadap umat Islam di seluruh dunia khususnya di Palestin.

Kecaman masyarakat antrabangsa terhadap Isreal semakin memuncak berikutan serangan terhadap flotila kemanusiaan ke Palestin yang mengorbankan nyawa sembilan sukarelawan minggu lalu.

Tuesday, June 1, 2010

KEADILAN Seru Masyarakat Antarabangsa Kutuk Kekejaman Rejim Zionis Israel

PETALING JAYA 1 Jun - KEADILAN mengutuk sekeras-kerasnya tindakan komando rejim zionis Israel yang menyerang sebuah daripada enam buah kapal yang dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza.

Pengerusi Biro Antarabangsa Mustaffa Kamil Ayub berkata tindakan kejam komando rejim zionis itu telah menyebabkan ramai aktivis yang tidak bersalah terbunuh.

"Kapal tersebut tidak melakukan apa-apa kesalahan dan masih berada di dalam perairan antarabangsa dan pihak berkuasa Israel tidak mempunyai hak untuk menaiki kapal tersebut.

"Alasan bahawa aktivis di dalam kapal tersebut telah menyerang komando Israel itu dahulu boleh dianggap menghina kerana mereka yang sebenarnya yang telah merempuh naik kapal itu.

Tambah Mustaffa, insiden ini merupakan satu lagi contoh bahawa Israel melakukan jenayah kejam ini di mana tindakan pihak berkuasa Israel itu sendiri yang sebenarnya mengancam kedaulatan mereka sendiri.

"Kita kesal dengan kegagalan beberapa negara mengutuk tindakan jahat rejim zionis Israel ini, termasuk Amerika Syarikat yang hanya meluahkan "kekesalan yang amat sangat" sementara United Kingdom, Kanada dan Australia pula membisu.

"Kerajaan negara-negara tersebut gagal menyampaikan isyarat perasaan majoriti rakyat mereka," ujar beliau.

Justeru itu, Mustaffa juga menyeru supaya komuniti antarabangsa mendesak Israel menghormati hak asasi manusia seperti yang terkandung dalam resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan dengan Palestin.

http://suara-keadilan.com

http://keadilan-international.blogspot.com/

Pemimpin Pakatan Rakyat Serah Memorandum Bantahan Kepada Amerika Syarikat


Bantahan terus kedengaran di serata dunia ekoran serangan Komando Israel ke atas kapal Mavi Marmara yang menghantar bantuan kepada penduduk Gaza.

Di ibu negara hari ini, pemimpin Pakatan Rakyat dan pelbagai Badan Bukan Kerajaan berkumpul di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada konsulat Amerika ke Malaysia.

Sekumpulan polis dan pasukan simpanan persekutuan (FRU) telahpun berkubu di hadapan kedutaan Amerika sejak awal pagi lagi dan menutup sebahagian laluan masuk untuk kenderaan ke situ.

Pakatan rakyat bersama lebih 200 aktivis bagaibamanpun berjaya menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat tanpa kejadian yang tidak diingini.

Mereka mula berkumpul di hadapan tabung haji sebelum berarak ke arah kedutaan Amerika yang terletak kira-kira 500 meter.

Diketuai oleh Naib Pengerusi PAS, Tuan Nasaruddin Mat Isa, antara pemimpin pakatan rakyat yang muncul ialah ketua penerangan PAS, Mahfuz Omar, Naib Presiden PKR, Mustapha Kamil Ayub, Pengarah Strategik PKR, Tian Chua, Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin, dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat seperti Nurul Izzah Anwar, Dr Dzulkefli Ahmad, Sim Tze Zin dan R. Sivarasa

Sementara itu, dalam satu tunjuk perasaan yang berasingan, demonstrasi membabitkan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM) Yayasan AMAL, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), TERAS, Haluan, Lifeline 4 Gaza turut berarak mengutuk keganasan rejim Israel.

Sepanduk mengutuk kezaliman Israel dan laungan menyokong kerajaan Hamas bergema sepanjang perarakan itu. Orang ramai mula bersurai pada jam 1 petang setelah memorandum semua pihak diterima wakil kedutaan Amerika Syarikat.

Keadaan bertukar tegang apabila seorang lelaki separuh bogel memakai kain pengikat kepala Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia mengugut untuk membunuh diri.

http://tvselangor.com

BANTAH ISRAEL...!!

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 1 Jun: PAS hari ini menyerahkan satu memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi mendesak negara itu menghentikan bantuan askar mereka kepada Israel untuk mencabul hak dan menzalimi rakyat Palestin.

Penyerahan memorandum tersebut diketuai Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa bagi mewakili Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Turut serta pada penyerahan itu termasuk Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Dr. Dzulkefly Ahmad serta Dr. Lo' Lo' Ghazali.

Memorandum serupa turut diserahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diwakili Naib Presidennya Mustafa Kamil Ayub, R.Sivarasa Rasiah dan disertai Pengarah Strategik Tian Chua, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Manakala memorandum dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) diserahkan oleh Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Lebih 200 warga prihatin turut berhimpun menyatakan bantahan di hadapan bangunan kedutaan tersebut dengan membawa sepanduk bantahan dan poster mengecam tindakan biadab rejim Zionis Israel.

Penyerahan hari ini ekoran serangan berdarah tentera rejim Zionis Israel terhadap kapal Konvoi Bantuan Antarabangsa ke Gaza pagi semalam yang mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang sukarelawan yang menyertainya.

Memorandum itu juga turut mendesak Amerika supaya memaksa sekutu kuat mereka Israel meletakkan senjata dari terus meratah nyawa dan darah umat Islam Palestin.

Nasharuddin sewaktu bercakap kepada media mengecam sikap Amerika yang dilihat merestui tindakan Israel apabila hanya diam membisu biarpun askar-askar sekutu mereka itu melakukan pembunuhan kejam terhadap peserta konvoi tersebut.

Selain itu Israel dan Amerika, kerajaan Mesir juga ujar Nasharuddin, perlu dikutuk oleh seluruh negara di dunia ini kerana menjadi penyebab bantuan terpaksa diserah melalui jalan laut setelah negara itu menutup laluan darat di sempadan Rafah.

Sebagai tanda bantahan, Malaysia digesa memutuskan hubungan dengan Mesir serta-merta demi nyawa dan darah rakyat Palestin serta aktivis yang menjadi mangsa serangan tentera Israel.

"Kita mahu kerajaan Malaysia menyatakan sikap dan pendirian dan memberikan tekanan kepada kerajaan Mesir yang merupakan penyebab utama kegagalan masuknya barang-barang bantuan ke Gasa setelah sempadan Rafah ditutup oleh Mesir," katanya.

Selain itu juga kerajaan Malaysia perlu proaktif menggesa Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar segera bersidang.

Sementara itu lebih 50 ahli Pemuda Barisan Nasional berkumpul di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Jalan Dungun, Kuala Lumpur menyatakan kemarahan mereka.

Mereka juga memijak sebelum membakar bendera Israel sebelum menyerahkan memorandum yang mengecam tindakan Yahudi itu kepada penyelaras PBB di Malaysia, Kamal Malholtra.

Pada serangan ke atas kapal Mavi Marmara yang turut membawa 12 rakyat Malaysia pagi semalam, sekurang-kurangnya 20 aktivitis pro Palestin dibunuh manakala puluhan lagi cedera.

Kapal itu dan penumpangnya yang ditawan itu kemudiannya dibawa ke Haifa untuk dipenjarakan.

Sementara itu AFP yang memetik laporan radio awam Israel hari ini melaporkan sekurang-kurangnya 480 aktivis pro-palestin ditawan dan dihumban ke penjara Ashdod di selatan Israel.

http://www.harakahdaily.net

 
Cheap Web Hosting | new york lasik surgery | cpa website design