Saturday, June 5, 2010

Dakwaan Biden Flotila Bawa Senjata Karut

KUALA LUMPUR 5 Jun - Dakwaan Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang mengatakan konvoi enam kapal bantuan kemanusiaan (Freedom Flotilla) kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza membawa bekalan senjata tidak berasas sama sekali. Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub berkata kapal Mavi Marmara yang dulu diserang komando rejim Zionis-Israel yang menyebabkan sembilan sukarelawan dan berpuluh lagi cedera dalam serangan itu. "Misi bantuan kemanusiaan itu adalah gabungan warga 40 buah negara dunia dan konvoi tersebut juga membawa ahli parlimen United Kingdom serta pemenang Nobel. "Serangan itu menunjukkan rejim...

DEMO SELAMATKAN GAZA... DEPAN US EMBASSY..! Bersama Dr Hatta Ramli..

...

Umno-BN Perlekeh Pergorbanan Sukarelawan Malaysia, Turki Anggap Wira

June 5, 2010 KUALA LUMPUR 5 Jun - Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN , Mustaffa Kamil Ayub kesal dengan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang tidak mengiktiraf pengorbanan sukarelawan yang terselamat dalam misi bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza Isnin lepas."Faktor alasan kewangan tidak dapat diterima sama sekali sedangkan komitmen kerajaan Turki lebih tinggi berbanding negara-negara Islam yang lain termasuk Malaysia."Saya berasakan ini berkemungkinan mempunyai hubungkait dengan kontrak yang dimeterai antara kerajaan Umno-BN dan Apco."Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak nampaknya seperti...

Thursday, June 3, 2010

Anwar Bukan Agen Amerika, Zionis..

Oleh Rusnizam MahatSHAH ALAM 3 Jun - Desakan B'Nai B'rith, sebuah pertubuhan yahudi berpengaruh di Amerika yang menyenaraikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai musuh kuasa besar itu membuktikan bahawa Anwar bukan ejen Amerika atau Zionis seperti mana yang sering digambarkan oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional.Perkara ini dinyatakan Naib Presiden KEADILAN, Mustafa Kamil Ayub ketika mengulas gesaan badan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John F Kerry, yang mendesak Washington DC memutuskan semua hubungan dengan Anwar Ibrahim.Alasan yang diberikan pertubuhan Israel itu ialah Anwar membangkitkan...

Tuesday, June 1, 2010

KEADILAN Seru Masyarakat Antarabangsa Kutuk Kekejaman Rejim Zionis Israel

PETALING JAYA 1 Jun - KEADILAN mengutuk sekeras-kerasnya tindakan komando rejim zionis Israel yang menyerang sebuah daripada enam buah kapal yang dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza. Pengerusi Biro Antarabangsa Mustaffa Kamil Ayub berkata tindakan kejam komando rejim zionis itu telah menyebabkan ramai aktivis yang tidak bersalah terbunuh. "Kapal tersebut tidak melakukan apa-apa kesalahan dan masih berada di dalam perairan antarabangsa dan pihak berkuasa Israel tidak mempunyai hak untuk menaiki kapal tersebut. "Alasan bahawa aktivis di dalam kapal tersebut telah menyerang komando Israel itu dahulu boleh dianggap menghina...

Pemimpin Pakatan Rakyat Serah Memorandum Bantahan Kepada Amerika Syarikat

Bantahan terus kedengaran di serata dunia ekoran serangan Komando Israel ke atas kapal Mavi Marmara yang menghantar bantuan kepada penduduk Gaza.Di ibu negara hari ini, pemimpin Pakatan Rakyat dan pelbagai Badan Bukan Kerajaan berkumpul di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada konsulat Amerika ke Malaysia.Sekumpulan polis dan pasukan simpanan persekutuan (FRU) telahpun berkubu di hadapan kedutaan Amerika sejak awal pagi lagi dan menutup sebahagian laluan masuk untuk kenderaan ke situ.Pakatan rakyat bersama lebih 200 aktivis bagaibamanpun berjaya menyerahkan memorandum bantahan...

BANTAH ISRAEL...!!

Nazri Abdullah KUALA LUMPUR, 1 Jun: PAS hari ini menyerahkan satu memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi mendesak negara itu menghentikan bantuan askar mereka kepada Israel untuk mencabul hak dan menzalimi rakyat Palestin.Penyerahan memorandum tersebut diketuai Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa bagi mewakili Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Turut serta pada penyerahan itu termasuk Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Dr. Dzulkefly Ahmad serta Dr. Lo' Lo' Ghazali.Memorandum serupa turut diserahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR)...

Pages 111234 »

 
Cheap Web Hosting | new york lasik surgery | cpa website design