Tuesday, November 16, 2010

Siaran Media 16/11/2010:Perjalanan Pemilihan 2010 Masih Belum Memuaskan.Pemilihan 2010 Mestilah Ditangguhkan.Tindakan Tegas JPP &Kepimpinan Diperlukan

Saya ingin menegaskan bahawa perjalanan pemilihan beberapa hari yang lalu masih belum memuaskan. Unsur-unsur kelompongan yang paparkan dalam memorandum lalu masih berterusan.Beberapa aduan tambahan sedang dalam proses dan beberapa orang calon juga sedang memfailkan beberapa kes khusus untuk disiasat.Ingin ditegaskan bahawa saya meneruskan bertanding jawatan timbalan presiden di dalam protes. Dalam ertikata kita masih sangsi dengan perjalanan pemilihan yang ada, namun demi menyelamatkan perjuangan dan parti serta keadaan, saya meneruskan pertandingan.Saya tetap berpendirian yang juga mewakili sejumlah anggota yang signifikan, bahawa pemilihan 2010 mestilah ditangguhkan bagi memberi masa segala aduan dan bantahan ditangani, proses penambahbaikan JPP, logistik dan semua persiapan pemilihan. Dalam...

Friday, November 12, 2010

Kenyataan Media 12 November 2010 :Demi Maruah Perjuangan & Parti Saya Tetap Menawarkan Diri Bertanding Timbalan Presiden Walaupun di Dalam Protes

Normal 0 false false false /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin:0in; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:10.0pt; font-family:"Times New Roman"; mso-ansi-language:#0400; mso-fareast-language:#0400; mso-bidi-language:#0400;} Sejumlah anggota-anggota parti di peringkat akar umbi terus meminta parti dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) untuk mengambil tindakan terhadap memorandum yang dihantar pada 9 November 2010 yang lalu bagi memastikan Pemilihan 2010 yang telah dan sedang berlangsung sekarang benar-benar...

Thursday, November 11, 2010

Kenyataan Media 11 November 2010 : Sokongan Tidak Berbelah Bagi Kepada Kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim

Saya merujuk kepada laporan bertajuk “Anwar, Azmin tak tunduk desakan keluar parti” pada muka 4 Berita Harian bertarikh 10hb November 2010 yang ditulis oleh wartawan Anwar Hussin dan Haspaizi Mohd Zain. Di dalam ruangan berita tersebut, Berita Harian telah menyiarkan gambar saya bersama Dato’ Zaid Ibrahim dengan caption yang tertulis “Mustaffa Kamil (kiri) dan Zaid menunjukkan memorandum mendesak Anwar dan Mohamed Azmin supaya berundur pada sidang media di kediaman Zaid di Kuala Lumpur, semalam”.Saya membantah sekeras-kerasnya laporan yang salah di dalam caption gambar tersebut kerana memorandum yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut bukan sama sekali untuk mendesak Dato’ Seri Anwar dan Sdr Azmin berundur. Sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini, memorandum yang saya hantar pada...

Kenyataan Media 9 November 2010 : Pembatalan & Penjalanan Semula Pemilihan Parti KEADILAN Rakyat 2010

Pemilihan Kepimpinan pusat Keadilan sedang berlangsung sejak 29hb. Oktober 2010. Sehingga kini terdapat 162 aduan atas kepincangan yang akan menjejaskan integriti dan kredibiliti JPP.Hari ini saya dan teman-teman akan menyerahkan memorandum bagi mendesak pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan pusat 2010 kepada Presiden KEADILAN dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).Antara lain dalam memorandum ini kami mempersoalkan tentang sistem dan perjalanan pemilihan secara telus yang diperkenalkan pada tahun ini amat jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan oleh perwakilan yang meluluskan pindaan Perlembagaan parti dalam Kongres Khas pada bulan Jun 2009.Kegagalan utama JPP ialah dalam mempertahankan prinsip pemilihan yang bersih, bebas dan adil (clean, free and fair election)....

Thursday, November 4, 2010

Kenyataan Media 4 November 2010 : Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) 2010 Mesti Telus & Ada Integriti

Proses pemilihan Parti KEADILAN telah bermula pada 29 Oktober 2010, namun apa yang kita harapkan untuk memperolehi satu sistem pemilihan yang adil dan telus daripada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) semasa mengendalikan proses pemilihan amatlah mendukacitakan.Kita juga pernah menyuarakan bantahan sebelum ini, dalam peringkat proses pencalonan dan pemilihan cabang terhadap JPP, disebabkan banyaknya berlaku masalah dan ketidakseragaman dalam melaksanakan syarat dan peraturan pertandingan yang sepertimana yang ditetapkan oleh JPP itu sendiri. Secara jelasnya, walaupun terdapat banyak bantahan yang telah dikemukakan, sehingga kini tidak ada apa-apa tindakan dan keputusan yang diambil oleh jawatankuasa tersebut, walaupun terdapat syarat dan peraturan tidak yang secara jelas tidak dipatuhi.Permasalahan...

Pages 111234 »

 
Cheap Web Hosting | new york lasik surgery | cpa website design